Tuesday, 17 March 2015

Aku Hidup melalui Pengalaman

"Kadangkala Allah datangkan kita hujan sebab Dia nak hadiahkan kita pelangi"

"Tetapi ketahuilah, pelangi itu tidak kekal, maka nikmatinya la"

Hai... Lama dah tak update blog. Sibuk dalam menjalani hidup..hoho..Eventhough tak ada followers, but i'm pretty sure there are silent reader out there..chewahh! hihi... 

kadang-kadang kita sebagai manusia memang suka mengeluh kan. Ada je benda tak kena, ada je yang kita tak suka.. Kita merungut, kita tak bersyukur... Kalau nak tahu, setiap kali aku masuk kerja tempat baru, aku mesti rasa kesal bila jumpa orang yang bermacam "peel". Sakit jiwa! Tapi sebenarnya daripada 1st company aku kerja, sampai la sekarang, ada sebab kenapa semua tu terjadi. Ish, merepek la pulak kan..

Straight to the point, aku memang dari dulu nak kerja kat sini.. Siapa tak nak kerja dekat Bank Negara Malaysia, right? tapi bila aku dah dapat, sikit pun aku tak hargai. Yang aku tahu merungut dan merungut dengan sikap manusia. Aku rasa aku la yang paling teruk, paling sedih, paling segala-galanya. Jadi, entry aku kali nie memang panjang,sebab aku nk cerita kenapa aku dapat kerja itu dan kerja ini..

Julai, 2012

Dulu, aku kerja dekat Mcd je.. Masa tu nak cari pengalaman. Aku kerja  sebagai cashier. Tak lama pun,sebulan. Nak dijadikan cerita, aku dapat interview dekat Bank Simpanan Nasional. Masa dalam bilik interview tu memang sekali 5 orang dia panggil. So, aku tahu la pengalaman masing2. Hebat2 semua.. Aku dah rasa down masa tu. Masa interview tu soalan memang pelik-pelik. ada tanya kalau awak pokok, awak nie pokok apa, kalau aiskrim, aiskrim apa, then dari jawapan kau tu menunjukkan siapa diri kau. Aku masih ingat lagi ada satu soalan panel, awak kalau sehelai baju, awak baju apa? aku jawab ,"Kemeja". Then, tetiba salah seorang dari panel tu cakap "sebab awak kerja Mcd ke?". Masa tu semua orang dalam tu gelakkan aku. Tapi aku tenang, aku jawab je yer. Sebulan lepas tu aku dapat panggilan yang aku dapat kerja tu. Tapi masa tu aku macam berbelah bagi, sampai la masa hari terkahir yang aku patut submit form yang aku setuju semua tu, dapat panggilan kerja daripada Felda. Aku pendekkan cerita, aku terus tak jadi hantar form tu, aku call BSN cakap dapat kerja tempat lain. Masa dekat felda la segalanya bermula.....

to be continued......

5 comments:

Unknown said...

kak, ade ujian bertulis ker sebelum session interview??

Unknown said...

Kak nak tnya . Lpas interview tu dieorg akn call sebln selpas interview ke? Sbb sya ada dpt interview bsn.

Unknown said...

Kak nak tnya . Lpas interview tu dieorg akn call sebln selpas interview ke? Sbb sya ada dpt interview bsn.

^ Cik Sue ^ said...

Maaf baru perasan ada komen..yup ada

^ Cik Sue ^ said...

Sori la dik bru nak reply..mcm mana dpt ke BSN?

 
HAK MILIK KEKAL@NUR SYUHADA ROZALE (CIK SUE)2015