Siapa kat sini pernah/sedang bercinta sila baca! Ini adalah arahan!
hehehe...
Korang tahu ke orang yang korang duk puja setiap hari tu sejati ke tidak...
ha..kalau tak tahu sila la bertanya...hihi... Actually, nie hanyalah pandangan aku and based on pengalaman aku la.. dan juga pengalaman orang sekeliling...weee~
Boyfriend korang tu lelaki sejati bila......
♡♡ Terima seadanya ♡♡
Tidak kira la siapa engkau dulu dan kini, dia tetap terima diri kau seadanya,selamanya! Engkau nie tak la cantik tahap Miss World, tapi di mata dia hanya nampak kau je. Engkau la satu-satunya gadis yang cantik giloss di mata beliau. Kadang-kadang engkau dengan muka berminyak, berpeluh (etc baru lepas joging), dia tetap tak kisah. Kau sentiasa cantik.. Kau pendek, kau gemok, dan segala-gala kekurangan kau dia terima dengan ikhlas. Ha, ada ke tidak??
♡♡ Penyabar ♡♡
Ha, part nie susah nak jumpa laki yang sangat-sangat penyabar,okeh! Bukan setakat sabar bila kau bermekap lambat, tetapi sabar dengan sikap kau yang aneh-aneh tak ikut masa. Bukannya hati dia tak sakit, tapi sebab dia dah terlampau sayang dia tetap terima walaupun time kau tengah "mood swing". Aduhh... Jatuh Cinta kan!
♡♡ Sentiasa menasihati ♡♡
Manusia tak ada yang sempurna kan? Bukan setakat terima kau seadanya, tapi dia selalu ingatkan kau tentang sesuatu dan always bagi nasihat yang baik-baik. Kau malas belajar? Dia akan ketuk kepala kau sampai kau bertobat! haha.. Gurau... Yang pasti, kau kena la dengar nasihat mak ayah kau jugak. Jangan dengar nasihat bopren je... Kang aku yang ketuk kepala sampai benjol~
♡♡ Percaya ♡♡
Haish, kau tipu dia banyak kali pun dia still percaya kau! Kau cakap kau dah bangun,dah mandi, dah semua la.. Padahal kau masih lagi main bucu bantal busuk kau sambil berangan lagi atas katil.. Tu contoh la... Kau cakap benda merepek pun dia percaya! Lelaki macam nie tak bodoh, cuma dia terlalu sayang...Kadang-kadang kau berahsia hal besar pun dia tahu kau tipu, cuma dia nak tengok sejauh mana kau nak menipu! Kau rugi kalau lepaskan lelaki macam nie.
♡♡ Bertanggungjawab ♡♡
Lelaki sejati adalah lelaki yang bertanggungjawab! Bagi dia, kau adalah tanggungjawab dia, dan dia akan jaga kau seumur hidup dia. Tapi, lepas kahwin la.. tak kahwin macam mana nak jaga kan..huhu
♡♡ Pendengar yang Setia ♡♡
Kau nak bercerita pasal kucing kau demam la, anjing sebelah rumah mandul la.. Semua kau nak cerita. Lepas tu kau berangan nak anak 10 la, rumah 10 tingkat, dia layankan je. Kadang-kadang kau cakap bahasa kucing dengan dia pun, dia tetap setia dengar. Siap join lagi bahasa kucing kau tu. Walaupun cerita kau nie memang boring dan tak ada siapa nak dengar, maka wujud la lelaki sejati ini untuk dengar segala cerita merepek kau itu...
so, dah jumpa ke lelaki sejati tu??



No comments:
Post a Comment