Thursday, 14 May 2015

Cerpen : Cinta (4) - Redza & Izara

"Awak siapa?"

Izara terkedu. Lelaki itu semakin menghampirinya.

"Bukan ke dia ni lelaki yang...." Izara cuak. Habis la dia kali ni..

"Hei... Awak..Awak yang gadis "mood swing" dekat mall hari tu kan?

Shit..Dia kenal aku...

Izara kaku. Mukanya pucat seperti mayat. Bezanya, dia dalam posisi duduk dan bukan berbaring. Suasana menjadi sepi seketika. Beberapa pasang mata memandang mereka dengan penuh tanda tanya. Masing-masing menantikan drama yang akan dimainkan..

Aduh,malu....Asyik aku je jadi heroin... 

"Awak buat apa kat sini?", Izara berlagak tenang.

"Saya yang patut tanya soalan tu dekat awak..."

"Err...dia ni...", Izara menuding jari ke arah pelayan di sebelahnya.. "Dia yang bawak saya datang sini...Marah la dia..." Izara terus duduk. Dia tidak mahu dipersalahkan. Dan dia juga penat berdiri daripada tadi. Dia penat. Penat berjalan daripada tempat letak kereta ke restoran tersebut.

Redza menepuk dahinya..Ni mesti kes salah orang..Hendak disalahkan gadis tersebut pun tak berbaloi. Dah sememangnya gadis tersebut berbaju merah. And yes..Gadis itu cantik.

"Tuan....saya...", pelayan yang diupah itu mulai gugup. Dia dapat merasakan yang dia akan dapat gaji bulan ini cepat dan akan diberikan cuti yang panjang.

"No,it's okay...you may go..", Redza memberi isyarat kepada pelayan tersebut. Dia mengurut kepalanya. Sudah la suprisenya tidak menjadi,Julia juga tidak menunjukkan diri. Yang tak diundang pula yang datang.

"Tunang saya mana?", tanya Izara sambil makan pavlova tanpa rasa bersalah. Sedikit pun tidak memandang Redza. Air suam di atas meja diteguk laju. Haus barangkali.

"Tunang? Hey, awak ni dah la tak diundang...Lepas tu selamba makan kek orang.. Eh,awak tahu kan kek ni bukan awak punya?", berbulu je Redza dengan minah ni..

"Tahu..."

"Dah tu?"

"Habis tu?"

"Hey?"

"Apa?"

"Hurm..Tak ada pape..."

"Ha,awak kalah! Haha...."

Redza mengerut dahi.. Bila masa pula aku main dengan dia ni...

"Awak..suprise yang awak nak buat untuk kekasih awak ni memang kek je ke? Main course tak ada? Lapar la......"

Sah...Memang tak tau malu dia ni....

"Mesti awak cakap saya ni tak malu kan...", Izara berhenti mengunyah.. Dia meletakkan garfu di atas pinggan...

"Saya sedih la....", tiba-tiba Izara sayu. Kesedihan tiba-tiba menerjah sanubarinya.

Redza tidak tahu gadis tersebut bersedih kerana masih lapar atau menantikan tunangnya. Dia menarik kerusi di hadapan Izara. Dia sudah penat. Daripada dia stress memikirkan tentang Julia, lebih baik dia berbicara dengan gadis di hadapannya. Sekurang-kurangnya dia mempunyai teman untuk berbicara. Dan bertenang buat seketika.

"Awak ni pelik la..Sekejap gembira,sekejap sedih...Awak nak sedih kenapa?", Redza mulai berbicara.

"Entah la.. Tunang saya... Saya rasa dia dah berubah.. Dia dah tak macam dulu...", airmata Izara bergenang.

"Kenapa perempuan suka fikir macam tu ea?", tanya Redza.. Dia ingin tahu.

"Sebab perempuan ni berfikiran jauh. Dia fikir masa depan dia dan apa yang akan berlaku di masa akan datang..", terang Izara.

"I think women it's too complicated..", Redza meneguk air di hadapannya. Tidak pasti air dari gelas yang baru atau gelas sama diteguk Izara.

Izara membeliakkan mata. Geram betul melihat 'keselambaan' Redza.

Eh, ada ea perkataan tu...

"Lelaki ni senang je. Kitorang tak suka fikirkan benda yang rumit. Buat sakit kepala je..", tambah Redza lagi. Dia tidak suka memanjangkan masalah yang ada. Dia lebih gemar berdiam diri dan membiarkan keadaan menjadi tenang.

"Tu la lelaki. Senang je cakap. Tak fikir perasaan orang..."

Redza mengeluh. Tuduhan Izara terlalu berat.

"Awak ni ada masalah dengan masa lalu awak ke?", Redza serkap jarang. Gadis itu pasti mempunyai kisah silam yang masih tak dapat dilupakan.

Izara memandang Redza dengan mata berkaca.. "kenapa? Kenapa lelaki berubah? Apa yang lelaki nak sebenarnya,ha?", soalan Redza dibiarkan mati di situ. Dia sebal.

Asal aku pulak yang kena ni...

"Awek saya selalu cakap saya dah berubah. Tapi bagi saya,saya tak pernah berubah. Saya masih seperti dulu.. Mungkin,dia yang dah berubah...", Redza seakan menuduh kekasihnya.

"Itulah lelaki. Diri sendiri berubah nak salahkan orang lain. Semua lelaki sama je!", Izara emosional. Dia terus berlalu meninggalkan Redza dalam keadaan terpinga-pinga. Walaupun Redza tidak tahu apa kaitan dia dengan gadis tersebut namun dia dapat merasakan gadis itu mempunyai masalah dan ingin tahu apa yang membuatkan gadis itu bersedih.

Izara segera keluar daripada restoran tersebut sambil mengelap airmatanya. Dia tidak tahu apa yang membuatnya begitu sedih. Signboard "Restoran Gembira" dijeling sinis. Dia sedikit pun tidak merasa gembira apabila berada di restoran tersebut. Oh ya! Mungkin pengunjung lain yang gembira. Gembira melihat drama swasta yang dimainkannya sebentar tadi.

Stress.....

Izara berkira-kira untuk berlalu namun tangannya dipegang seseorang..

Langkah Izara terhenti...

Tuesday, 12 May 2015

Cerpen : Cinta (3)

Lelaki tersebut menundukkan wajahnya.

"Abang?"

Izara segera membuka pintu. Ternyata lelaki itu adalah tunangnya, Zaril. 

"Abang buat apa kat sini?"

Seingat Izara, Zaril membatalkan pertemuan mereka hari ini kerana ada tugas yang perlu diselesaikan. Sebagai seorang Event Manager di sebuah syarikat, Zaril perlu memastikan supaya event-event yang dikendalikan syarikat berjalan dengan lancar. Izara juga bekerja di syarikat yang sama tetapi berlainan jabatan. Izara ditempatkan di Jabatan Kewangan sebagai Akauntan.

"Kenapa? Tak boleh? Ke nak keluar dengan lelaki lain?, Zaril serkap jarang. Memang begitulah kebiasaannya.

Izara mengeluh. "Kenapa abang suka tuduh-tuduh ea?.. Abang cakap abang sayangkan Zara...", keluh Izara dengan nada kecewa.

“Zara ingat abang tak nampak?” Zaril menjeling.

“Apa? Zara tak buat apa-apa..”

Zaril mencebik. Apabila teringat Izara bersama dengan seorang lelaki tadi, hatinya panas. Dia tidak suka Izara mendekati mana-mana lelaki. Biarpun kawan Izara sendiri.

“Cuba abang bagitahu Zara kenapa…” Izara mengharapkan penjelasan daripada Zaril. Ini bukan kali pertama Zaril menuduhnya.

Zaril terdiam. Bukan dia tidak sayang namun dia sukar mempercayai Izara. Dia bimbang Izara akan beralih arah. Baginya Izara masih muda dan tidak mustahil suatu hari nanti Izara akan meninggalkannya. 

Negative Thinker!

“Abang.. Zara cakap dengan abang ni…,” Izara sudah mulai bengang. Setiap kali mereka membicarakan tentang sesuatu Zaril pasti diam. Dia sendiri tidak tahu apa yang difikirkan oleh Zaril.

"Dah. Zara drive kereta Zara. Abang follow belakang. Abang hantar Zara balik..." Zaril memberi arahan. Sakit kepalanya memikirkan hal-hal seperti itu.

"Hurm,okay....", Izara tak banyak bicara. Dia segera masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan dan Zaril mengikutnya daripada belakang. Izara mengeluh. Kenapa begitu sukar untuk Zaril mempercayainya.

Zaril juga tidak keruan. Jauh di sudut hati kecil Zaril dia sebenarnya kasihan memperlakukan Izara seperti itu. Dia sendiri tidak suka melihat wanita kesayangannya bersedih. Kesedihan Izara adalah kesedihannya juga. Namun, hatinya sering dilanda cemburu. Cemburu tanda sayang kan?

Ah..Aku akan pujuk dia nanti...
...................................................................................

"I dah malas nak layan dia. Asyik I je yang nak kena paham dia..."

Julia rimas. Redza yang dikenali dahulu sudah berubah. Redza lebih gemar menyibukkan diri dengan rakan-rakannya. Julia berasa tersisih. Pada awalnya dia cuba memahami namun,semakin dia memahami Redza seolah-olah mengambil kesempatan di atas dirinya.

"Habis sekarang you nak buat apa?"

Julia terdiam. Baginya, cinta terhadap Redza sudah lama mati. Yang tinggal hanyalah secebis rasa sayang yang masih bersisa dan juga kenangan mereka di masa lalu.

"I cuma nak dia lepaskan I.."Julia nekad. 

"You tak sedih?" soal Ben. Dia tahu Julia dan Redza sudah lama bercinta sejak zaman sekolah lagi.

"Lebih baik I sedih sebab kehilangan dia daripada I sedih bila dia ada tapi macam tak ada...."

"I harap you dah fikir masak-masak.." Ben tidak mahu Julia membuat keputusan melulu. Walaupun dia juga menaruh harapan kepada Julia namun dia juga tidak mahu melihat Julia bersedih.
...................................................................................

Suasana dalam restoran mewah itu agak romantis sekali. Kedengaran lagu bernada romantis dimainkan buat tetamu yang hadir. Semua tetamu yang hadir kebanyakannya bersama dengan pasangan, namun dia tidak. Dia memerhatikan setiap pasangan dalam restoran tersebut. Kelihatan masing-masing sangat gembira bersama pasangan. 

Gembira tak semestinya bahagia. Benda boleh buat-buat.

Selepas 10 minit memerhati, menilai dan mengutuk, dia mulai bosan. Pasangannya masih belum tiba. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Kalau bukan kerana gadisnya itu merajuk, dia sendiri malas mahu berlama-lama di situ. Dia bukan lah jenis orang yang suka menunggu.

"Ah, lama sangat ni...."

Dia gelisah. Dia segera memanggil pelayan yang diupahnnya sebelum ini. Ya, dia ingin membuat kejutan. Dia pasti gadis itu pasti akan gembira. Baginya, semua wanita sukakan kejutan dan itu yang dia cuba lakukan untuk memujuk hati kesayangannya.

"Okay...Urm saya nak ke washroom sebentar.. Kalau you ada nampak a beautiful ladies with red..you bawak dia datang sini.."

"Baik tuan.."

"Oh, lagi satu. Make sure apa yang kita plan menjadi. You ingat kan apa yang you kena buat?"

"Ingat tuan. Jangan risau. Semuanya akan berjalan dengan lancar.. Beres...", pelayan tersebut menunjukkan tanda bagus sambil mengangkat kening. Eksyen pulak....

Dia gembira. Kali ini gadis itu pasti tidak akan merajuk lagi dengannya.



...................................................................................

"Lambat...lambat..."

Izara mengerling jam di tangannya. Dia sudah terlambat. Sudah la dia sesat mencari restoran tersebut, sampai-sampai parking pulak full. Terpaksa la dia menapak jauh dengan kasut yang tinggi. Setibanya dia di sana dia disambut oleh pelayan yang telah diupah oleh jejaka tadi. 

"Ha, a beautiful ladies with red....Miss...."

"Ada tisu tak?" tanya Izara tiba-tiba kepada pelayan itu.

Pelayan tersebut hanya menggeleng. Dia baru sahaja ingin menegur gadis itu.

"Awak tahu tak, saya ni da la sesat, lepas tu boleh pulak parking tak ada, terpaksa parking jauh. Dah la jauh, terpaksa menapak dengan kasut tumit tinggi ni..."

Pelayan tersebut terkedu. 

Apa masalah minah ni...

Paling saya tak tahan, boleh pulak ada dua tiga ekor anjing usha saya. Nasib baik saya bijak. Saya buat-buat tunduk nak capai batu, lintang pukang anjing tu lari..hehe...." geli hati Izara apabila menceritakan kembali kepada pelayan tersebut.

"Err....Okay..."

Ketawa pulak.. Muka cantik tapi gila..

"Silakan cik..."

Pelayan tersebut membawa Izara ke meja makan yang telah ditempah khas dan kelihatan sejambak bunga ros tersedia di atas meja. Kali ini dia tidak menghidu bunga tersebut. Bimbang dia akan terbersin seperti sebelumnya. Seiring dengan itu juga dendangan biola dari pemain upahan dilagukan merdu. Izara tidak sangka Zaril memujuknya seperti ini. Dia ingin menangis. Sudah lama dia tidak menerima kejutan seperti itu. Dia terharu. Sungguh terharu.

"This is for you, miss...."

"Wah, pavlova.. My favourite!"

Baru sahaja Izara ingin menjamah kek tersebut suatu suara nyaring mengganggu ketenangannya.

"Hey..Jangan makan kek tu!!... "

Kenapa..kenapa....Ada lipas matikah? Cicak terjatuhkah?

Izara terpaksa membatalkan niatnya.

"Hantu mana pulak yang spoil mood aku ni.. Hantu betul...."



Sunday, 10 May 2015

Cerpen : Cinta (Kisah 1 - Episod 2)

 "Hubungan ni tak akan kemana.."

"Hebat! awak tuhan ke boleh meramal masa depan?"

"Ish...mestilah bukan!"

Haris. Lelaki yang acah-acah best,macho,bergaya dan sering merasakan dirinya digilai ramai wanita. Baginya,pantang saja dia lalu di hadapan para gadis, pasti ada yang memandangnya. Disebabkan perasaan perasan yang terlalu menebal dalam diri, dia sentiasa merasakan tiada wanita yang akan menolaknya. Tak ada. Cliche!

"Dah jangan banyak bunyi... Awak kena jadi girlfriend saya...",Haris ketawa dalam hati. Kelakar pulak rasa..Kalau dengar dek bapak gadis ni mahu makan nasi pakai straw.

"Ewah-ewah.. Saya rasa otak awak ni bermasalah. Awak ni mesti banyak tengok drama kan.. Tak pun,kaki novel kan...Baik mengaku!"

"Huh? Kenapa?"

"Saya rasa awak tak payah nak berangan. Acah-acah jadi girlfriend sementara,lepas tu kena kahwin paksa,gaduh-gaduh,at last jatuh cinta.. Drama sangat!"

"Ehem..maaf cakap la..saya ni kacak bergaya,disukai ramai.Orang sanggup beratur semata-mata nak dapatkan perhatian daripada saya tau...", bicara Haris dengan megah.

"Ha,baguslah..pergi la cari orang yang boleh terima awak.. Saya tak nak jadi mak sanggup...".

Fuh statement.. Boleh tahan..

"Siapa suruh jadi mak sanggup? Saya nak awak jadi mak kepada anak-anak kita..hihi…"

Pickup line..mesti ko cair kan? kan?

"Awak dengan angan-angan awak boleh jalan!"

"Memang la. Jalan menuju ke hati awak!"

Pergh ayat! Confirm aku dapat! Yess!

Izara hanya menjeling. Dari riak muka Haris dia tahu lelaki itu bangga. Menyampah pula rasa. Konon-konon dia cair la tu. Dia sudah bosan dengan ayat-ayat manis daripada lelaki. 

Ah,belum dapat semuanya manis...

"Macam ni la En.Haris Adam, kalau awak fikir saya ni macam perempuan lain kat luar sana,awak silap..", Izara segera berpaling menahan ketawa. Dia terasa lucu. Seolah-olah dia pula menggunakan ayat seperti dalam drama..

"Eleh..Jual mahal...", Haris menjeling dan mencebik.

"Habis,nak saya jual longgok?"

"Mari-mari.. Murah-murah...3 barang sepuluh ringgit...", Haris menggayakan persis seorang tokey di pasar malam. Tangannya melambai-lambai memanggil pelanggan. Orang sekeliling hanya mampu memerhatikan gelagat mereka. Haris tidak peduli. Dia memang sengaja ingin menambahkan api di hati Izara. Kalau perlu diletakkan kayu,akan dia letakkan. Kalau perlu dicurahkan minyak,akan dia lakukan. Kemarahan Izara itulah yang membuatkan dia gembira. Gila kan?

Namun itu semua hanyalah kenangan. Kenangan yang diimbau kembali oleh Haris. Di satu sudut bilik yang gelap Haris hanya termenung bertemankan cahaya di hadapan laptopnya. Kenangannya bersama Izara tidak mudah untuk dia lupakan. 

"Argh! Kenapa susah sangat aku nak lupakan kau..."

Walaupun Izara tidak pernah menerimanya namun jauh di sudut hati dia selesa dengan kehadiran Izara. Dia cemburu. Dia cemburu melihat gambar yang baru di”upload” oleh Izara. Gambar sebentuk cincin di jari manis gadis itu menandakan gadis itu telah dimiliki. Sebentuk cincin pertunangan. Ya, gadis itu akan berkahwin.
..........................................................................

Suasana di shopping mall taktala itu sunyi,tidak seperti selalu. Mungkin disebabkan hari ini hari bekerja maka tidak ramai pelanggan yang datang berkunjung. Hanya kelihatan beberapa orang yang membeli barang keperluan dan ada juga anak kecil yang berlari riang. Tidak ketinggalan juga ada beberapa pasangan bercinta yang sedang berjalan berpegangan tangan.Annoying!

Sebulan selepas Zaril melamarnya, keluarga Zaril datang merisik sekaligus melangsungkan pertunangan secara kecik-kecilan. Hasil daripada perbincangan kedua-dua belah pihak,perkahwinan mereka ditetapkan beberapa bulan dari tarikh pertunangan tersebut.

"Ada tunang tapi asyik sibuk je...", Izara mengeluh. Sepatutnya hari ni dia perlu membeli beberapa barang kelengkapan untuk majlisnya perkahwinannya beberapa bulan lagi. Dia tidak mahu membuat persiapan di saat akhir. Dia bimbang jikalau ada yang terlepas pandang. Majlis ini sekali dalam seumur hidupnya.

"Awak tu je yang tak memahami..."

Izara kaget. Seorang lelaki yang memakai topi dan bertshirt lengan pendek berwarna biru duduk tidak jauh darinya. Kalau dia ketuk kepala lelaki itu pun tangannya masih sampai. Dia diam.

"Kenapa diam? Cakap la..."

"Eh apahal mamat ni..Psiko!", monolog Izara dalam hati. Benci betul apabila orang yang tak dikenali berkata seperti itu dengannya. Dia membetulkan duduknya untuk melihat wajah lelaki itu. Namun lelaki itu hanya menunduk. Sama seperti tadi.

"Macam ni la.. Kalau awak tak nak cakap saya pergi!"

Lelaki itu mulai meninggikan suara. Namun masih lagi menunduk.Sedikit pun tidak menoleh.Izara panas. Hatinya panas,tangannya juga kebas. Rasa nak lempang je lelaki aneh tersebut. Dia sudah hilang sabar lalu bangkit daripada tempat duduknya.

"Hey,suka hati saya la nak cakap ke tak nak.. Apa masalah awak,ha?", Izara berang. Lantak la kalau ada orang nak pandang.

Lelaki itu memandang Izara dengan wajah pelik. Telefon yang dipegangnya masih lagi di telinga..Dia juga bangun menghadap Izara.

"I call you back.."

Izara terdiam. Bodoh betul! Baru dia sedar lelaki tersebut bukan berbicara dengannya. Dia malu.

"Yes,miss... Any problem?"

Izara kaku. Takkan la nak mengaku. Kalau nak cerita dari mula tentang salah faham ni mau kena cop gila. Silap-silap suruh aku register jumpa psikiatrik...

Nak lari ke tak nak...nak lari ke tak nak... Kalau dia kejar macam mana?

Izara menggaru-garu kepalanya. Dia memandang sekeliling. Seolah-olah orang disitu juga menanti penjelasan darinya.

"Okay..macam ni..", Izara mengigit kuku. Sebenarnya saya tengah "mood swing".. Jadi,saya memang suka marah orang secara random.. So, awak adalah lelaki yang bertuah tu...Yeayy,tepuk tangan...", Senyap. Hanya dia seorang sahaja bertepuk tangan. Muka Izara merah padam. Izara terasa itulah alasan paling bodoh..Tapi,dia peduli apa,dah memang bodoh.

"Saya tak paham.."

"Awak tak payah paham la.. okay la.. Terima kasih sudi jadi mangsa.. Bye...", kelam kabut Izara lari sambil mencapai beg tangannya di kerusi tadi. Kekalutan  Izara menyebabkan dia tersalah naik escalator yang berlainan arah.

Lelaki itu hanya memandang pelik. Begitu juga orang yang lain. Namun dari jauh ada seseorang yang sedang memerhatikan situasi tersebut dalam keadaan marah.Dia segera berlalu dari situ.

……………………………….................................................

Izara segera masuk ke dalam kereta. Handphonenya berbunyi menandakan ada pesanan baru masuk. Dia tersenyum. Beg tangannya dicampak di kerusi sebelah. Dia segera menekan password di handphonenya dengan kelajuan 0.2 saat. Dia tahu bunyi itu daripada tunang kesayangannya.

“Tengah buat apa tu?”

“Abangg….Rindu… Zara dari tadi tunggu mesej abang..”, Walaupun pada awal dia marah kerana Zaril membatalkan temujanji mereka hari ini namun hatinya lembut dan mudah memaafkan. Sungguh,dia rindu..

“Hurm…”

“Kenapa ni?”, Ah sudah...Kalau dah hurm tu mesti ada yang tidak kena.

“Dah balik belum?”, Zaril sedia maklum bahawa Izara ingin keluar ke mall. Kemana sahaja Izara pergi pasti akan dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Dia bukan ingin mengongkong namun lebih kepada bimbang akan keselamatan Izara. Sweet kan?

“Baru masuk kereta. Tahu-tahu je Zara nak balik…”, Zara menaip mesej tersebut sambil menyengih. Ah, rindunya!

“Mesti lah. Zara curang pun abang tahu!”

"What?"

"Yela. Abang tahu abang ni siapa. Dah tua,mana orang nak pandang. Syg suka la jalan sorang-sorang,usha lelaki lain,ngorat lelaki lain.", Zaril menuduh.

“Abang! Stop the nonsense!”

Senyap. Tiada balasan daripada Zaril. Izara tahu Zaril merajuk. Namun,dia juga terluka. “Bila masa dia curang?”

Sejak kebelakangan ini Zaril sering menuduhnya melakukan perkara yang tidak terlintas di fikirannya. Dia cuba untuk bersabar kerana menganggap ini adalah sebahagian daripada ujian semasa bertunang namun Zaril sering menguji kesabarannya. Dia benar-benar sayangkan Zaril sepenuh hati namun Zaril seolah-olah sukar mempercayainya. Setiap kali itu jugalah airmata nya mengalir dan kali ini airmata itu mengalir lagi.

“Tok...tok...."

Izara yang ketika itu sedang menangis terkejut dengan kehadiran susuk tubuh seseorang yang sedang mengetuk cermin tingkap keretanya dari luar. Dia segera "start" enjin kereta....dan berkira-kira untuk pergi..

Thursday, 7 May 2015

Cerpen : Cinta (Kisah 1)

“Cinta. Ia hadir tanpa diduga, ia pergi tanpa dipaksa. Ada ketika kita kecewa, ada ketika kita gembira. Ia hadir dalam pelbagai kisah, berbeza situasi, pangkat dan peringkat umur. Ada yang bahagia dan berjaya dalam sesebuah perhubungan dan ada juga yang putus di tengah jalan. Tapi, yang pasti semua orang pernah merasakan cinta….”

 (Zaril dan Izara)

Kereta Honda Accord berwarna silver memecut laju ke pusat bandar. Kesibukan lalu lintas memang menyesakkan. Kebanyakan warga kota memilih untuk keluar lunch di luar bagi mempelbagaikan rasa di tekak yang sememangnya sudah jemu dengan makanan yang biasa dimakan. Begitu juga dengan Zaril dan Izara. Gembira benar hati Izara bila Zaril menghubunginya untuk ajak “lunch date”.

Zaril dan Izara sama seperti pasangan bercinta yang lain. Percintaan atas dasar suka sama suka. Perkenalan yang singkat membuatkan Izara merasa bahagia. Sikap ambil berat dan penyayang Zaril membuatkan Izara terasa disayangi dan dihargai. Perbezaan umur sebanyak 11 tahun bukan halangan. Izara baru berusia 24 tahun. Baginya, lelaki itu lebih matang berbanding lelaki seusiannya yang hanya mahu main-main dan tidak serius dalam perhubungan.

“Sayang nak makan kat mana?”, Zaril memegang erat tangan Izara. Sayang benar dia pada gadis itu.

“Urm, tak kisah la. Mana-mana pun boleh,janji sedap.” Izara melemparkan senyuman yang manis kepada Zaril. Aduh! Senyuman itu juga la yang sering membuatkan Zaril gila bayang.

“Urm, ada satu kedai baru buka tau. Kita try ea sayang?”

“Okay.”

Suasana di kedai itu agak lengang. Mungkin dek kerana kedai tersebut masih baru atau mungkin juga ramai yang tidak tahu akan kewujudan kedai tersebut. Tapi tipu la. Kedai tu tepi jalan je….

“Okay my princess. What do you want to eat?” Zaril menyelak menu yang diberikan. Terlalu banyak menu yang menarik sehinggakan dia tidak tahu untuk memesan apa.

“I want this.” Izara meletakkan jari telunjuknya di menu bernombor 1102.

“Okay, sure.”

Zaril membuat pesanan dan  menyebut satu demi satu menu yang ingin dipesan termasuk  juga pencuci mulut untuk kekasih hatinya itu.

“I know you like ice-cream.”

Hati Izara berbunga-bunga. Zaril sangat romantik di matanya. Bikin jatuh cinta hari-hari. Rasa nak cubit-cubit pipi Zaril yang comel tu. Geram. Huhu. Terngiang-ngiang lagu Aqasha di mindanya.

“Ingin ku gigit-gigit cuping telinga kecilmu.. Luahkan perasaanku.. Dan membisikkan…Aku cinta kamu…”

“Sorry, my dear. I have to take this call”, Zaril memberikan isyarat tangan untuk berlalu sebentar.

Ceh. Patutla terngiang-ngiang lagu Aqasha. Ringtone handphone dia rupanya. Eh, comelnya…

Izara mengetuk-ngetuk jari di meja. Bosan menunggu makanan yang tidak tiba. Patutlah kedai tak ramai, Service Out!, menyumpah-nyumpah Izara dalam hati. Padahal dia sebal kerana Zaril meninggalkannya. Dia rindu. Walaupun baru dua minit.

“Rindu ke?”, Zaril datang dari belakang dengan membawa sejambak bunga ros di tangan.

“For you…”

“Sayang! Wah, thank you darling”, Izara menghidu bunga tersebut ala-ala scene dalam drama. Dia memejam mata dan menikmati harum bunga tersebut namun tak lama. Dia terbersin.

“Kenapa belikan Zara bunga? Sempat aje abang ni kan.”, Izara buat-buat tanya padahal dia rasa nak melompat atas meja makan tersebut.

“Oh, actually tadi masa abang jawab call, ada sorang waitress ni datang tanya sama ada abang nak bunga ni atau tak. Dia cakap ada couple gaduh lepas tu awek dia terus tinggalkan bunga tu. Then laki tu kecewa terus suruh waitress tu buang. Daripada buang baik bagi abang kan?”

Huh! Keji! Benci! Tak nak kawan!

Izara meletakkan bunga tersebut kembali. Kecewa. Ingatkan Zaril benar-benar belikan untuknya. Terasa ingin menitis airmata dek kerana kecewa. Izara menundukkan wajah. Tidak mahu Zaril melihat kesedihannya.

Zaril yang terkejut melihat perubahan wajah Izara mulai cuak. Rasanya dia tidak buat apa-apa. Ish, takkan lapar kot…

“Sabar ea sayang. Kejap lagi makanan sampai..”

Izara menjegilkan matanya. Makanan? Dia lupa dia di kedai makan. Ah, seleranya dah putus. Sebal betul bila Zaril buat-buat tak tahu perubahan dirinya itu. Dia menjeling bunga tersebut. Benci! Dia menolak bunga tersebut biar jatuh dari meja. Tak suka!

“Eh sorry. Tak sengaja.” Izara buat-buat membongkokkan badannya untuk mengambil bunga tersebut.. Padahal rasa nak pijak-pijak je.

Zaril yang sedari tadi memandang Izara hanya melemparkan senyuman. Dia tahu Izara sengaja menjatuhkan bunga tersebut. Biarlah.. Kerana yang pasti sebentar lagi ada kejutan buat Izara dan beberapa saat lagi Izara akan tahu.

1…2….3….

“Sayang! Oh my God!”, jerit Izara dari bawah meja.

Yes.Akhirnya…

Izara yang terlalu excited segera mengangkat kepalanya namun malang tak berbau, kepalanya terhantuk dengan meja.

“Aduh…” Izara  menggosok-gosok kepalanya. Fuh, nasib tak berdarah..

Zaril yang terasa gegaran  meja yang disangkakan gempa bumi tadi segera ke bawah meja. Walaupun dia rasa nak gelak namun dia diamkan. Dia lebih bimbang kalau ada apa-apa terjadi kepada kekasihnya itu.

“Are you okay?”

“Abang. Tengok ni..Cincin!” Izara menunjukkan kotak cincin tersebut kepada Zaril. Zaril hanya menggaru kepala. Pelik melihat gelagat Izara. Cepat betul hilang sakit dia ni.

“Cincin siapa ni?”

“Untuk sayang”

Izara melopong namun dia segera menutup mulut. Terkejut.

Is it?”

“Yes, my dear darling! I love you….”

“Eh wait! Kalau betul untuk Zara, kenapa ada dalam bunga ni?”, Izara mula ingin merajuk. Mungkin cincin ini juga datang dari couple yang gaduh tadi.

“Abang yang letak. Sayang kan suka cabut-cabut bunga. Sebab masa sayang datang rumah mak abang hari tu abang nampak sayang cabut bunga kat pasu bunga mak abang. Jadi, abang letakkan la cincin ni dalam bunga tu. So, bila sayang cabut bunga-bunga tu nanti, mesti sayang akan nampak cincin tu. Romantik tak abang?”, Zaril mengangkat-angkat keningnya.

Romantik apa kalau kau kutuk aku. Ciss…

“Betul ke… Air mata Izara bergenang tanda gembira. Sebenarnya, air mata itu juga bercampur dengan rasa sakit dek terhantuk di meja tadi.

“Betul. Untuk sayang.”

Zaril mengambil cincin dalam bekas tersebut dan menyarungkan ke jari Izara.

“Sayang….will you marry me?”

Sekali lagi Izara melopong namun segera menutup mulutnya.

“Yes…Yes, I will..” Izara mengangguk kepala tanda setuju. Suaranya teresak-esak. Air matanya mengalir.

Beberapa orang pelayan yang menjadi saksi percintaan pasangan tersebut turut menitiskan air mata. Sweetnyer…. Tak sia-sia mereka berpakat dengan Zaril.

Al kisahnya, restoran tersebut bukanlah restoran baru cuma baru nak pergi buat kali pertama. Zaril jugalah yang merancang untuk membawa Izara ke restoran tersebut dan ingin melamarnya di sana. Dengan bantuan pengurus restoran, Zaril dapat “booked” seluruh restoran tersebut pada waktu lunch untuk mereka berdua. Pasangan yang bergaduh tadi juga sebenarnya di bayar oleh Zaril. Mana mungkin Zaril ada masa untuk membeli bunga tersebut sedangkan Izara bersamanya.

Terlihat dari jauh sepasang kekasih sedang menghayati saat-saat indah untuk diabadikan dalam hidup mereka. Dan saat itu…mereka masih lagi di bawah meja….

Sekian…….

p/s Bahasa yang digunakan adalah bahasa harian dan simple supaya lebih santai dan mudah difahami.. hihihi










Monday, 4 May 2015

Kepercayaan dalam perhubungan

"Pernahkah kau bermimpi....
seketika...berada ditempatku..."

Assalamualaikum... Pernah dengar lirik tu? Of course la pernah kan..Lagu Siti nurhaliza biarlah rahsia. huhu.. Tapi apa yang rahsia sangat tu? Entry apa pulak kali ni sampai keluar lirik lagu pulak?

Ok.. baca balik lirik tu....

Manusia.. Setiap manusia tak mempunyai kehidupan yg sama.. Tapi yang pasti setiap manusia pernah merasa gembira,sedih,duka,kecewa.. Ah,banyak la... Kadang-kadang disebalik senyuman kita ada kedukaan,di sebalik tawa kita ada rahsia yg tersimpan..

Rahsia ni dia related dengan kepercayaan. Some people berahsia untuk dapatkan kepercayaan. Kepercayaan. 1 word yg sangat besar 'nilainya'. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan seseorang. Lebih-lebih dari orang yg kita sayang..Ada orang sukar nak mempercayai seseorang sebab mgkin dia ada bad experience on trust a person. This is what we called trust issues. There's a qoute said, trust is like a paper. Once its crumpled it wont get back to the original". But for me,my own qoute is, there's always have another paper. Yes,always..

Setiap orang tak sama.. and that's why kita tak bole samakan orang lain. if someone pernah broke a promises, and say something nicely but then broke it, never ever judge the other people will do the same things. Because when u do so,u will get nothing but the uncomfortable feeling always. Why not u try to believe someone u know and dont be a judgemental person. Lain buku lain cerita,lain kisahnya. If u start judge a book by its cover,u will missing the best part in that book.. and u dont know the end of the stories. And at the same time, u will broke some1's heart when he/she knows that u never believing them. They struggling so hard to get your trust,your attention but u never know how hard it is.

So, tak salah sebenarnya kita ada rasa curiga, tapi biarlah berpada.. Jangan sampai sesebuah perhubungan tu musnah di tengah jalan. Ibarat, kita ada di sebuah jalan,yg di depannya ada halangan, dan tanpa ambil tahu sebab apa,kita tukar jalan yang lain. Sedangkan... halangan tu sebenarnya adalah satu ujian. Ujian untuk kita bersabar. Dalam menuju jalan yang kita pilih....

 
HAK MILIK KEKAL@NUR SYUHADA ROZALE (CIK SUE)2015