"Abang?"
Izara segera membuka pintu.
Ternyata lelaki itu adalah tunangnya, Zaril.
"Abang buat apa kat
sini?"
Seingat Izara, Zaril membatalkan pertemuan mereka hari ini kerana ada tugas yang perlu diselesaikan. Sebagai seorang Event Manager di sebuah syarikat, Zaril
perlu memastikan supaya event-event yang dikendalikan syarikat berjalan dengan lancar. Izara
juga bekerja di syarikat yang sama tetapi berlainan jabatan. Izara ditempatkan di Jabatan Kewangan sebagai Akauntan.
"Kenapa? Tak boleh? Ke nak
keluar dengan lelaki lain?, Zaril serkap jarang. Memang begitulah kebiasaannya.
Izara mengeluh. "Kenapa abang
suka tuduh-tuduh ea?.. Abang cakap abang sayangkan Zara...", keluh Izara
dengan nada kecewa.
“Zara ingat abang tak nampak?” Zaril menjeling.
“Apa? Zara tak buat apa-apa..”
Zaril mencebik. Apabila teringat
Izara bersama dengan seorang lelaki tadi, hatinya panas. Dia tidak suka Izara
mendekati mana-mana lelaki. Biarpun kawan Izara sendiri.
“Cuba abang bagitahu Zara kenapa…”
Izara mengharapkan penjelasan daripada Zaril. Ini bukan kali pertama Zaril
menuduhnya.
Zaril terdiam. Bukan dia tidak
sayang namun dia sukar mempercayai Izara. Dia bimbang Izara akan beralih arah. Baginya Izara masih muda dan tidak mustahil suatu hari nanti Izara akan meninggalkannya.
Negative Thinker!
“Abang.. Zara cakap dengan abang
ni…,” Izara sudah mulai bengang. Setiap kali mereka membicarakan tentang
sesuatu Zaril pasti diam. Dia sendiri tidak tahu apa yang difikirkan oleh
Zaril.
"Dah. Zara drive kereta Zara.
Abang follow belakang. Abang hantar Zara balik..." Zaril memberi arahan.
Sakit kepalanya memikirkan hal-hal seperti itu.
"Hurm,okay....", Izara
tak banyak bicara. Dia segera masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan dan Zaril mengikutnya daripada belakang. Izara mengeluh. Kenapa begitu sukar untuk Zaril mempercayainya.
Zaril juga tidak keruan. Jauh di sudut hati kecil Zaril dia sebenarnya kasihan memperlakukan Izara seperti itu. Dia sendiri tidak suka melihat wanita kesayangannya bersedih. Kesedihan Izara adalah kesedihannya juga. Namun, hatinya sering dilanda cemburu. Cemburu tanda sayang kan?
Ah..Aku akan pujuk dia nanti...
...................................................................................
"I dah malas nak layan dia. Asyik I je yang nak kena paham dia..."
Julia rimas. Redza yang dikenali dahulu sudah berubah. Redza lebih gemar menyibukkan diri dengan rakan-rakannya. Julia berasa tersisih. Pada awalnya dia cuba memahami namun,semakin dia memahami Redza seolah-olah mengambil kesempatan di atas dirinya.
"Habis sekarang you nak buat apa?"
Julia terdiam. Baginya, cinta terhadap Redza sudah lama mati. Yang tinggal hanyalah secebis rasa sayang yang masih bersisa dan juga kenangan mereka di masa lalu.
"I cuma nak dia lepaskan I.."Julia nekad.
"You tak sedih?" soal Ben. Dia tahu Julia dan Redza sudah lama bercinta sejak zaman sekolah lagi.
"Lebih baik I sedih sebab kehilangan dia daripada I sedih bila dia ada tapi macam tak ada...."
"I harap you dah fikir masak-masak.." Ben tidak mahu Julia membuat keputusan melulu. Walaupun dia juga menaruh harapan kepada Julia namun dia juga tidak mahu melihat Julia bersedih.
...................................................................................
Suasana dalam restoran mewah itu agak romantis sekali. Kedengaran lagu bernada romantis dimainkan buat tetamu yang hadir. Semua tetamu yang hadir kebanyakannya bersama dengan pasangan, namun dia tidak. Dia memerhatikan setiap pasangan dalam restoran tersebut. Kelihatan masing-masing sangat gembira bersama pasangan.
Gembira tak semestinya bahagia. Benda boleh buat-buat.
Selepas 10 minit memerhati, menilai dan mengutuk, dia mulai bosan. Pasangannya masih belum tiba. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Kalau bukan kerana gadisnya itu merajuk, dia sendiri malas mahu berlama-lama di situ. Dia bukan lah jenis orang yang suka menunggu.
"Ah, lama sangat ni...."
Dia gelisah. Dia segera memanggil pelayan yang diupahnnya sebelum ini. Ya, dia ingin membuat kejutan. Dia pasti gadis itu pasti akan gembira. Baginya, semua wanita sukakan kejutan dan itu yang dia cuba lakukan untuk memujuk hati kesayangannya.
"Okay...Urm saya nak ke washroom sebentar.. Kalau you ada nampak a beautiful ladies with red..you bawak dia datang sini.."
"Baik tuan.."
"Oh, lagi satu. Make sure apa yang kita plan menjadi. You ingat kan apa yang you kena buat?"
"Ingat tuan. Jangan risau. Semuanya akan berjalan dengan lancar.. Beres...", pelayan tersebut menunjukkan tanda bagus sambil mengangkat kening. Eksyen pulak....
Dia gembira. Kali ini gadis itu pasti tidak akan merajuk lagi dengannya.
...................................................................................
"Lambat...lambat..."
Izara mengerling jam di tangannya. Dia sudah terlambat. Sudah la dia sesat mencari restoran tersebut, sampai-sampai parking pulak full. Terpaksa la dia menapak jauh dengan kasut yang tinggi. Setibanya dia di sana dia disambut oleh pelayan yang telah diupah oleh jejaka tadi.
"Ha, a beautiful ladies with red....Miss...."
"Ada tisu tak?" tanya Izara tiba-tiba kepada pelayan itu.
Pelayan tersebut hanya menggeleng. Dia baru sahaja ingin menegur gadis itu.
"Awak tahu tak, saya ni da la sesat, lepas tu boleh pulak parking tak ada, terpaksa parking jauh. Dah la jauh, terpaksa menapak dengan kasut tumit tinggi ni..."
Pelayan tersebut terkedu.
Apa masalah minah ni...
Paling saya tak tahan, boleh pulak ada dua tiga ekor anjing usha saya. Nasib baik saya bijak. Saya buat-buat tunduk nak capai batu, lintang pukang anjing tu lari..hehe...." geli hati Izara apabila menceritakan kembali kepada pelayan tersebut.
"Err....Okay..."
Ketawa pulak.. Muka cantik tapi gila..
"Silakan cik..."
Pelayan tersebut membawa Izara ke meja makan yang telah ditempah khas dan kelihatan sejambak bunga ros tersedia di atas meja. Kali ini dia tidak menghidu bunga tersebut. Bimbang dia akan terbersin seperti sebelumnya. Seiring dengan itu juga dendangan biola dari pemain upahan dilagukan merdu. Izara tidak sangka Zaril memujuknya seperti ini. Dia ingin menangis. Sudah lama dia tidak menerima kejutan seperti itu. Dia terharu. Sungguh terharu.
"This is for you, miss...."
"Wah, pavlova.. My favourite!"
Baru sahaja Izara ingin menjamah kek tersebut suatu suara nyaring mengganggu ketenangannya.
"Hey..Jangan makan kek tu!!... "
Kenapa..kenapa....Ada lipas matikah? Cicak terjatuhkah?
Izara terpaksa membatalkan niatnya.
"Hantu mana pulak yang spoil mood aku ni.. Hantu betul...."



No comments:
Post a Comment