"Hubungan ni tak akan kemana.."
"Hebat! awak tuhan ke boleh meramal masa depan?"
"Ish...mestilah bukan!"
Haris. Lelaki yang acah-acah best,macho,bergaya dan sering merasakan dirinya digilai ramai wanita. Baginya,pantang saja dia lalu di hadapan para gadis, pasti ada yang memandangnya.
Disebabkan perasaan perasan yang terlalu menebal dalam diri, dia sentiasa
merasakan tiada wanita yang akan menolaknya. Tak ada. Cliche!
"Dah jangan banyak bunyi... Awak kena
jadi girlfriend saya...",Haris ketawa dalam hati. Kelakar pulak rasa..Kalau dengar dek bapak gadis ni mahu makan nasi pakai straw.
"Ewah-ewah.. Saya rasa otak awak ni
bermasalah. Awak ni mesti banyak tengok drama kan.. Tak pun,kaki novel kan...Baik mengaku!"
"Huh? Kenapa?"
"Saya rasa awak tak payah nak
berangan. Acah-acah jadi girlfriend sementara,lepas tu kena kahwin
paksa,gaduh-gaduh,at last jatuh cinta.. Drama sangat!"
"Ehem..maaf cakap la..saya ni kacak
bergaya,disukai ramai.Orang sanggup beratur semata-mata nak dapatkan perhatian daripada saya tau...", bicara Haris dengan megah.
"Ha,baguslah..pergi la cari orang yang boleh
terima awak.. Saya tak nak jadi mak sanggup...".
Fuh statement.. Boleh tahan..
"Siapa suruh jadi mak sanggup? Saya
nak awak jadi mak kepada anak-anak kita..hihi…"
Pickup line..mesti ko cair
kan? kan?
"Awak dengan angan-angan awak boleh
jalan!"
"Memang la. Jalan menuju ke hati
awak!"
Pergh ayat! Confirm aku dapat! Yess!
Izara hanya menjeling. Dari riak muka
Haris dia tahu lelaki itu bangga. Menyampah pula rasa. Konon-konon dia cair la tu. Dia sudah bosan
dengan ayat-ayat manis daripada lelaki.
Ah,belum dapat semuanya manis...
"Macam ni la En.Haris Adam, kalau
awak fikir saya ni macam perempuan lain kat luar sana,awak silap..", Izara segera berpaling menahan ketawa. Dia terasa
lucu. Seolah-olah dia pula menggunakan ayat seperti dalam drama..
"Eleh..Jual mahal...", Haris menjeling dan mencebik.
"Habis,nak saya jual longgok?"
"Mari-mari.. Murah-murah...3 barang
sepuluh ringgit...", Haris menggayakan persis seorang tokey di pasar
malam. Tangannya melambai-lambai memanggil pelanggan. Orang sekeliling hanya mampu memerhatikan gelagat mereka. Haris tidak peduli. Dia memang sengaja ingin menambahkan api di hati Izara. Kalau perlu diletakkan kayu,akan dia letakkan. Kalau perlu dicurahkan minyak,akan dia lakukan. Kemarahan Izara itulah yang membuatkan dia gembira. Gila kan?
Namun itu semua hanyalah kenangan. Kenangan yang diimbau kembali oleh Haris. Di satu sudut bilik yang gelap Haris hanya termenung bertemankan cahaya di hadapan laptopnya. Kenangannya
bersama Izara tidak mudah untuk dia lupakan.
"Argh! Kenapa susah sangat aku nak lupakan kau..."
Walaupun Izara tidak pernah
menerimanya namun jauh di sudut hati dia selesa dengan kehadiran Izara. Dia cemburu.
Dia cemburu melihat gambar yang baru di”upload” oleh Izara. Gambar sebentuk
cincin di jari manis gadis itu menandakan gadis itu telah dimiliki. Sebentuk cincin pertunangan. Ya, gadis itu akan berkahwin.
..........................................................................
Suasana di shopping mall taktala itu
sunyi,tidak seperti selalu. Mungkin disebabkan hari ini hari bekerja maka tidak ramai pelanggan yang datang berkunjung. Hanya kelihatan beberapa orang yang
membeli barang keperluan dan ada juga anak kecil yang berlari riang. Tidak
ketinggalan juga ada beberapa pasangan bercinta yang sedang berjalan berpegangan
tangan.Annoying!
Sebulan selepas Zaril melamarnya, keluarga Zaril datang merisik sekaligus melangsungkan pertunangan secara kecik-kecilan. Hasil daripada perbincangan kedua-dua belah pihak,perkahwinan mereka ditetapkan beberapa bulan dari tarikh pertunangan tersebut.
"Ada tunang tapi asyik sibuk je...",
Izara mengeluh. Sepatutnya hari ni dia perlu membeli beberapa barang kelengkapan untuk
majlisnya perkahwinannya beberapa bulan lagi. Dia tidak mahu membuat persiapan di saat akhir. Dia bimbang jikalau ada yang terlepas pandang. Majlis ini sekali dalam seumur hidupnya.
"Awak tu je yang tak memahami..."
Izara kaget. Seorang lelaki yang memakai topi dan bertshirt lengan pendek berwarna biru duduk tidak jauh darinya. Kalau dia ketuk kepala lelaki itu pun tangannya masih sampai. Dia diam.
"Kenapa diam? Cakap la..."
"Eh apahal mamat ni..Psiko!",
monolog Izara dalam hati. Benci betul apabila orang yang tak dikenali berkata seperti
itu dengannya. Dia membetulkan duduknya untuk melihat wajah lelaki itu. Namun lelaki itu
hanya menunduk. Sama seperti tadi.
"Macam ni la.. Kalau awak tak nak
cakap saya pergi!"
Lelaki itu mulai meninggikan suara. Namun masih lagi menunduk.Sedikit pun tidak menoleh.Izara
panas. Hatinya panas,tangannya juga kebas. Rasa nak lempang je lelaki aneh
tersebut. Dia sudah hilang sabar lalu bangkit daripada tempat duduknya.
"Hey,suka hati saya la nak cakap ke
tak nak.. Apa masalah awak,ha?", Izara berang. Lantak la kalau ada orang
nak pandang.
Lelaki itu memandang Izara dengan wajah
pelik. Telefon yang dipegangnya masih lagi di telinga..Dia juga bangun menghadap Izara.
"I call you
back.."
Izara terdiam. Bodoh betul! Baru dia sedar
lelaki tersebut bukan berbicara dengannya. Dia malu.
"Yes,miss... Any problem?"
Izara kaku. Takkan la nak mengaku. Kalau
nak cerita dari mula tentang salah faham ni mau kena cop gila.
Silap-silap suruh aku register jumpa psikiatrik...
Nak lari ke tak nak...nak
lari ke tak nak... Kalau dia kejar macam mana?
Izara menggaru-garu kepalanya. Dia memandang sekeliling.
Seolah-olah orang disitu juga menanti penjelasan darinya.
"Okay..macam ni..", Izara
mengigit kuku. Sebenarnya saya tengah "mood swing".. Jadi,saya memang
suka marah orang secara random.. So, awak adalah lelaki yang bertuah
tu...Yeayy,tepuk tangan...", Senyap. Hanya dia seorang sahaja bertepuk tangan. Muka Izara merah padam. Izara terasa itulah alasan paling bodoh..Tapi,dia peduli apa,dah
memang bodoh.
"Saya tak paham.."
"Awak tak payah paham la.. okay la..
Terima kasih sudi jadi mangsa.. Bye...", kelam kabut Izara lari sambil mencapai beg tangannya di kerusi tadi. Kekalutan Izara menyebabkan dia tersalah naik escalator yang berlainan arah.
Lelaki itu hanya memandang pelik. Begitu juga orang yang lain. Namun dari jauh ada seseorang yang sedang memerhatikan situasi tersebut dalam keadaan marah.Dia segera berlalu
dari situ.
……………………………….................................................
Izara segera masuk ke dalam kereta. Handphonenya berbunyi
menandakan ada pesanan baru masuk. Dia tersenyum. Beg tangannya dicampak di kerusi sebelah. Dia segera menekan password di handphonenya dengan kelajuan 0.2 saat. Dia tahu bunyi itu daripada tunang kesayangannya.
“Tengah buat apa tu?”
“Abangg….Rindu… Zara dari tadi tunggu
mesej abang..”, Walaupun
pada awal dia marah kerana Zaril membatalkan temujanji mereka hari ini namun
hatinya lembut dan mudah memaafkan. Sungguh,dia rindu..
“Hurm…”
“Kenapa ni?”, Ah sudah...Kalau dah hurm tu mesti ada yang tidak kena.
“Dah balik belum?”, Zaril sedia maklum bahawa Izara ingin
keluar ke mall. Kemana sahaja Izara pergi pasti akan dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Dia bukan ingin mengongkong namun lebih kepada bimbang akan keselamatan Izara. Sweet kan?
“Baru masuk kereta. Tahu-tahu je Zara nak
balik…”, Zara menaip mesej tersebut sambil menyengih.
Ah, rindunya!
“Mesti lah. Zara curang pun abang tahu!”
"What?"
"Yela. Abang tahu abang ni siapa. Dah tua,mana orang nak pandang. Syg suka la jalan sorang-sorang,usha lelaki lain,ngorat lelaki lain.", Zaril menuduh.
“Abang! Stop the nonsense!”
Senyap. Tiada balasan daripada Zaril. Izara tahu Zaril merajuk.
Namun,dia juga terluka. “Bila masa dia curang?”
Sejak kebelakangan ini Zaril sering menuduhnya melakukan perkara
yang tidak terlintas di fikirannya. Dia cuba untuk bersabar kerana menganggap ini adalah sebahagian daripada ujian semasa bertunang namun Zaril sering menguji kesabarannya. Dia benar-benar sayangkan Zaril sepenuh hati namun Zaril seolah-olah sukar mempercayainya. Setiap kali itu jugalah airmata
nya mengalir dan kali ini airmata itu mengalir lagi.
“Tok...tok...."
Izara yang ketika itu sedang menangis terkejut dengan kehadiran susuk tubuh seseorang yang sedang mengetuk cermin tingkap keretanya dari luar. Dia segera "start" enjin kereta....dan berkira-kira untuk pergi..



No comments:
Post a Comment