“Cinta. Ia hadir tanpa diduga, ia
pergi tanpa dipaksa. Ada ketika kita kecewa, ada ketika kita gembira. Ia hadir
dalam pelbagai kisah, berbeza situasi, pangkat dan peringkat umur. Ada yang
bahagia dan berjaya dalam sesebuah perhubungan dan ada juga yang putus di
tengah jalan. Tapi, yang pasti semua orang pernah merasakan cinta….”
(Zaril dan Izara)
Kereta
Honda Accord berwarna silver memecut laju ke pusat bandar. Kesibukan lalu
lintas memang menyesakkan. Kebanyakan warga kota memilih untuk keluar lunch di
luar bagi mempelbagaikan rasa di tekak yang sememangnya sudah jemu dengan
makanan yang biasa dimakan. Begitu juga dengan Zaril dan Izara. Gembira benar
hati Izara bila Zaril menghubunginya untuk ajak “lunch date”.
Zaril
dan Izara sama seperti pasangan bercinta yang lain. Percintaan atas dasar suka
sama suka. Perkenalan yang singkat membuatkan Izara merasa bahagia. Sikap ambil
berat dan penyayang Zaril membuatkan Izara terasa disayangi dan dihargai.
Perbezaan umur sebanyak 11 tahun bukan halangan. Izara baru berusia 24 tahun.
Baginya, lelaki itu lebih matang berbanding lelaki seusiannya yang hanya mahu
main-main dan tidak serius dalam perhubungan.
“Sayang
nak makan kat mana?”, Zaril memegang erat tangan Izara. Sayang benar dia pada
gadis itu.
“Urm,
tak kisah la. Mana-mana pun boleh,janji sedap.” Izara melemparkan senyuman yang
manis kepada Zaril. Aduh! Senyuman itu juga la yang sering membuatkan Zaril gila
bayang.
“Urm,
ada satu kedai baru buka tau. Kita try ea sayang?”
“Okay.”
Suasana
di kedai itu agak lengang. Mungkin dek kerana kedai tersebut masih baru atau
mungkin juga ramai yang tidak tahu akan kewujudan kedai tersebut. Tapi tipu la.
Kedai tu tepi jalan je….
“Okay my princess. What do you want
to eat?” Zaril menyelak menu yang diberikan. Terlalu banyak
menu yang menarik sehinggakan dia tidak tahu untuk memesan apa.
“I want this.”
Izara meletakkan jari telunjuknya di menu bernombor 1102.
“Okay, sure.”
Zaril
membuat pesanan dan menyebut satu demi
satu menu yang ingin dipesan termasuk juga pencuci mulut untuk kekasih hatinya itu.
“I know you like ice-cream.”
Hati
Izara berbunga-bunga. Zaril sangat romantik di matanya. Bikin jatuh cinta hari-hari.
Rasa nak cubit-cubit pipi Zaril yang comel tu. Geram. Huhu. Terngiang-ngiang
lagu Aqasha di mindanya.
“Ingin ku gigit-gigit cuping
telinga kecilmu.. Luahkan perasaanku.. Dan membisikkan…Aku cinta kamu…”
“Sorry, my dear. I have to take
this call”, Zaril memberikan isyarat tangan untuk
berlalu sebentar.
Ceh.
Patutla terngiang-ngiang lagu Aqasha. Ringtone
handphone dia rupanya. Eh, comelnya…
Izara
mengetuk-ngetuk jari di meja. Bosan menunggu makanan yang tidak tiba. Patutlah
kedai tak ramai, Service Out!, menyumpah-nyumpah Izara dalam hati. Padahal dia
sebal kerana Zaril meninggalkannya. Dia rindu. Walaupun baru dua minit.
“Rindu
ke?”, Zaril datang dari belakang dengan membawa sejambak bunga ros di tangan.
“For you…”
“Sayang!
Wah, thank you darling”, Izara menghidu bunga tersebut ala-ala scene dalam
drama. Dia memejam mata dan menikmati harum bunga tersebut namun tak lama. Dia
terbersin.
“Kenapa
belikan Zara bunga? Sempat aje abang ni kan.”, Izara buat-buat tanya padahal dia
rasa nak melompat atas meja makan tersebut.
“Oh,
actually tadi masa abang jawab call, ada sorang waitress ni datang tanya sama
ada abang nak bunga ni atau tak. Dia cakap ada couple gaduh lepas tu awek dia
terus tinggalkan bunga tu. Then laki tu kecewa terus suruh waitress tu buang.
Daripada buang baik bagi abang kan?”
Huh! Keji! Benci! Tak nak kawan!
Izara
meletakkan bunga tersebut kembali. Kecewa. Ingatkan Zaril benar-benar belikan
untuknya. Terasa ingin menitis airmata dek kerana kecewa. Izara menundukkan
wajah. Tidak mahu Zaril melihat kesedihannya.
Zaril
yang terkejut melihat perubahan wajah Izara mulai cuak. Rasanya dia tidak buat
apa-apa. Ish, takkan lapar kot…
“Sabar
ea sayang. Kejap lagi makanan sampai..”
Izara
menjegilkan matanya. Makanan? Dia lupa dia di kedai makan. Ah, seleranya dah
putus. Sebal betul bila Zaril buat-buat tak tahu perubahan dirinya itu. Dia
menjeling bunga tersebut. Benci! Dia menolak bunga tersebut biar jatuh dari
meja. Tak suka!
“Eh sorry.
Tak sengaja.” Izara buat-buat membongkokkan badannya untuk mengambil bunga
tersebut.. Padahal rasa nak pijak-pijak je.
Zaril
yang sedari tadi memandang Izara hanya melemparkan senyuman. Dia tahu Izara sengaja
menjatuhkan bunga tersebut. Biarlah.. Kerana yang pasti sebentar lagi ada
kejutan buat Izara dan beberapa saat lagi Izara akan tahu.
1…2….3….
“Sayang!
Oh my God!”, jerit Izara dari bawah meja.
Yes.Akhirnya…
Izara
yang terlalu excited segera mengangkat kepalanya namun malang tak berbau,
kepalanya terhantuk dengan meja.
“Aduh…”
Izara menggosok-gosok kepalanya. Fuh,
nasib tak berdarah..
Zaril
yang terasa gegaran meja yang
disangkakan gempa bumi tadi segera ke bawah meja. Walaupun dia rasa nak gelak
namun dia diamkan. Dia lebih bimbang kalau ada apa-apa terjadi kepada
kekasihnya itu.
“Are you okay?”
“Abang.
Tengok ni..Cincin!” Izara menunjukkan kotak cincin tersebut kepada Zaril. Zaril
hanya menggaru kepala. Pelik melihat gelagat Izara. Cepat betul hilang sakit
dia ni.
“Cincin
siapa ni?”
“Untuk
sayang”
Izara
melopong namun dia segera menutup mulut. Terkejut.
“Is it?”
“Yes, my dear darling! I love you….”
“Eh
wait! Kalau betul untuk Zara, kenapa ada dalam bunga ni?”, Izara mula ingin
merajuk. Mungkin cincin ini juga datang dari couple yang gaduh tadi.
“Abang
yang letak. Sayang kan suka cabut-cabut bunga. Sebab masa sayang datang rumah
mak abang hari tu abang nampak sayang cabut bunga kat pasu bunga mak abang.
Jadi, abang letakkan la cincin ni dalam bunga tu. So, bila sayang cabut
bunga-bunga tu nanti, mesti sayang akan nampak cincin tu. Romantik tak abang?”,
Zaril mengangkat-angkat keningnya.
Romantik
apa kalau kau kutuk aku. Ciss…
“Betul
ke… Air mata Izara bergenang tanda gembira. Sebenarnya, air mata itu juga
bercampur dengan rasa sakit dek terhantuk di meja tadi.
“Betul.
Untuk sayang.”
Zaril
mengambil cincin dalam bekas tersebut dan menyarungkan ke jari Izara.
“Sayang….will you marry me?”
Sekali
lagi Izara melopong namun segera menutup mulutnya.
“Yes…Yes, I will..” Izara mengangguk kepala tanda setuju. Suaranya teresak-esak. Air matanya
mengalir.
Beberapa
orang pelayan yang menjadi saksi percintaan pasangan tersebut turut menitiskan
air mata. Sweetnyer…. Tak sia-sia mereka berpakat dengan Zaril.
Al
kisahnya, restoran tersebut bukanlah restoran baru cuma baru nak pergi buat
kali pertama. Zaril jugalah yang merancang untuk membawa Izara ke restoran
tersebut dan ingin melamarnya di sana. Dengan bantuan pengurus restoran, Zaril
dapat “booked” seluruh restoran tersebut pada waktu lunch untuk mereka berdua.
Pasangan yang bergaduh tadi juga sebenarnya di bayar oleh Zaril. Mana mungkin
Zaril ada masa untuk membeli bunga tersebut sedangkan Izara bersamanya.
Terlihat
dari jauh sepasang kekasih sedang menghayati saat-saat indah untuk diabadikan
dalam hidup mereka. Dan saat itu…mereka masih lagi di bawah meja….
Sekian…….
p/s Bahasa yang digunakan adalah
bahasa harian dan simple supaya lebih santai dan mudah difahami.. hihihi