Ogos 2012
Bermula la kehidupan aku di bandar Kuala Lumpur untuk cari pengalaman dengan berbekalkan RM1000 setiap bulan (duit gaji) sebagai seorang kerani kewangan. Walaupun sikit tapi bila fikir nie boleh kira pengalaman kerja sebenar aku, aku terima jugak. Take it as a challenge! Juz imagine how i live my life alone dgn duit yang memang cukup-cukup makan. Nasib aku baik sebab rumah aku dekat dengan office dalam 10 minit berjalan kaki. Aku berhujan, berpanas sorang2 jela.. Seriously, sedih kot..huhu.. Tapi fikir nak cari pengalaman, aku gigihkan juga hati ini. Kadang-kadang aku cemburu tengok orang yang pergi kerja naik kereta, ada yang berjemput berhantar. huhu.
Masa tu aku tak de kawan, tapi yang best ada budak praktikal. So, sepanjang aku kerja situ aku kawan dengan budak praktikal je. Cuma yang xbest, bila kita dah rapat, terpaksa berpisah sebab dorang semua 4 - 6 bulan je. Sepanjang aku kerja dekat situ kawan2 aku silih berganti sebab budak praktikal tu je kawan yang aku ada. Memang aku sunyi. Tapi.Hidup perlu diteruskan.. Hihi
Aku bersyukur sebab aku dapat bos yang sangat baik dan rakan sekerja yang saling bantu membantu. Bila aku ada maslah, mesti dorang akan tolong & macam tu jugak sebaliknya. Paling best masa raya. Sebab ada banyak jamuan.. Haha.. Dan aku ingat lagi raya terakhir aku dengan dorang, dalam tahun lepas. Masing-masing sibuk deco office.. Tengok abang-abang nie panjat-panjat. Haha.. Rindu wei.Banyak sangat pahit manis aku kat situ, tapi kalau nak cerita semua memang panjang la..Dalam dua tahun jugak aku bekerja dekat situ sampai la aku rasa dah sampai masa untuk aku pergi.
To be continued...


