Wednesday, 25 February 2015

Oh,Lelaki Sejati!

Siapa kat sini pernah/sedang bercinta sila baca! Ini adalah arahan! 
hehehe...

Korang tahu ke orang yang korang duk puja setiap hari tu sejati ke tidak...
ha..kalau tak tahu sila la bertanya...hihi... Actually, nie hanyalah pandangan aku and based on pengalaman aku la.. dan juga pengalaman orang sekeliling...weee~

Boyfriend korang tu lelaki sejati bila......

♡ Terima seadanya 
Tidak kira la siapa engkau dulu dan kini, dia tetap terima diri kau seadanya,selamanya! Engkau nie tak la cantik tahap Miss World, tapi di mata dia hanya nampak kau je. Engkau la satu-satunya gadis yang cantik giloss di mata beliau. Kadang-kadang engkau dengan muka berminyak, berpeluh (etc baru lepas joging), dia tetap tak kisah. Kau sentiasa cantik.. Kau pendek, kau gemok, dan segala-gala kekurangan kau dia terima dengan ikhlas. Ha, ada ke tidak?? 

♡ Penyabar 
Ha, part nie susah nak jumpa laki yang sangat-sangat penyabar,okeh! Bukan setakat sabar bila kau bermekap lambat, tetapi sabar dengan sikap kau yang aneh-aneh tak ikut masa. Bukannya hati dia tak sakit, tapi sebab dia dah terlampau sayang dia tetap terima walaupun time kau tengah "mood swing". Aduhh... Jatuh Cinta kan!

♡ Sentiasa menasihati 
Manusia tak ada yang sempurna kan? Bukan setakat terima kau seadanya, tapi dia selalu ingatkan kau tentang sesuatu dan always bagi nasihat yang baik-baik. Kau malas belajar? Dia akan ketuk kepala kau sampai kau bertobat! haha.. Gurau... Yang pasti, kau kena la dengar nasihat mak ayah kau jugak. Jangan dengar nasihat bopren je... Kang aku yang ketuk kepala sampai benjol~

♡ Percaya 
Haish, kau tipu dia banyak kali pun dia still percaya kau! Kau cakap kau dah bangun,dah mandi, dah semua la.. Padahal kau masih lagi main bucu bantal busuk kau sambil berangan lagi atas katil.. Tu contoh la... Kau cakap benda merepek pun dia percaya! Lelaki macam nie tak bodoh, cuma dia terlalu sayang...Kadang-kadang kau berahsia hal besar pun dia tahu kau tipu, cuma dia nak tengok sejauh mana kau nak menipu! Kau rugi kalau lepaskan lelaki macam nie.

♡ Bertanggungjawab 
Lelaki sejati adalah lelaki yang bertanggungjawab! Bagi dia, kau adalah tanggungjawab dia, dan dia akan jaga kau seumur hidup dia. Tapi, lepas kahwin la.. tak kahwin macam mana nak jaga kan..huhu

♡ Pendengar yang Setia 
Kau nak bercerita pasal kucing kau demam la, anjing sebelah rumah mandul la.. Semua kau nak cerita. Lepas tu kau berangan nak anak 10 la, rumah 10 tingkat, dia layankan je. Kadang-kadang kau cakap bahasa kucing dengan dia pun, dia tetap setia dengar. Siap join lagi bahasa kucing kau tu. Walaupun cerita kau nie memang boring dan tak ada siapa nak dengar, maka wujud la lelaki sejati ini untuk dengar segala cerita merepek kau itu...

so, dah jumpa ke lelaki sejati tu?? 

                                         

Catatan 7 : Bila Kau Nak Besar?

Bila orang badan berisi suruh kita berisi macam dia, tapi dia pula sibuk nak diet.. Habis apa guna berisi?

Tu dia..malas dah nak jawab soalan-soalan rumit cenggini. Apa pulak tak rumit. Tanya bila nak besar la, tak nak membesar ke...ishh... Susah nau nak menjawabnyer Kak Timah oiiii.. Mana aku pergi, tu la orang tanya. Kalau tak tanya, pandang je... Alahai,,keciknyaaaa....


Disebabkan ramai sangat nak jadi wartawan, meh aku bagi tahu sikit. Kat sini, ada DUA sebab aku susah nak gemuk/berisi/debab...

1. Metabolisme aku tinggi

2. Aku cerewet part makan!

Korang tahu ke metabolisme tu apa? Ia bukan sejenis bom yer adik2.. Dia kira macam kalau aku makan apa-apa, proses dalam badan aku nie akan membakar dengan cepat.. Kira ada api la dalam perut nie.. Hurm.. Acah je! hihi

Cerewet ea... Giler tak cerewet. Kalau aku jumpa sayur yang dah gaul-gaul dalam makanan like nasi goreng ke, aku dengan gigihnya aku jadi orang yang sangat-sangat teliti dalam proses pembuangan sayur-sayur tersebut. ha, camtu sekali.

Tapi.....

Kalau aku makan banyak, hanya part muka saja yang naik..Wuuu...
Badan kecik, muka tembam..

Haa...acano tu.....

Monday, 23 February 2015

Eh, Pemalasnya kau nie~




Selamat Hari Isnin! hihi

Apesal buat kerut-kerut dahi tu? monday blues ke...hehe.. Normal la asal hari isnin je semua nak muddy, semua nak badmood. Kucing kau lalu depan kau pun kau rasa sebal tak memasal. Paling sadis, asal hari isnin je kau sedih. Dah kenapa kan? Haa... Meh kita tengok sebab apa yang kau tak suka@malas dengan sesuatu perkara yang kau buat. Edisi kali ini, edisi malas pergi kerja...cekidooutt~

☹ Berfikiran Negatif

Entah apa yang menyebabkan engkau selalu berfikiran negatif. Asal kaki kau melangkah je dalam office, kau dapat rasa aura-aura negatif tu ikut sekali. Tapi, bila kau berundur setapak dari kawasan office kau, kau bahagia teramat sangat. Nah, sebab apa? Sebab kau dah ada mindset yang mengatakan office kau memang tak best, menyampah, boringggg~


☹ Persekitaran Kerja

Nie lagi satu. Kau tak suka betul dengan environment office kau. Kau rasa macam orang sekeliling kau tu macam goblin. Asyik nak attack kau je. Tu belum kira dengan orang sekeliling kau yang bias dan jenis mulut celupar. Pergh! Memang makan hati!

☹ Tak suka dengan Pekerjaan @ Kerja

Eh, kalau dah tak suka, kau kerja situ kenapa? Eh, of course la! Zaman sekarang memang susah sangat nak dapat pekerjaan. Kalau kau ada Degree on Architecture pun tapi kalau ada kosong kat tempat yang kau rasa kau layak, haruslah kau applykan. Lepas tu, fefeeling sensorang kata kerja kau tak best. Yela, dah kerja yang kau buat tu bukan kerja yang kau minat kan... Paling ketara bila kau asyik tengok jam bila nak balik!



☹ Tekanan

Part nie tak payah cakap banyak la. Bila kau dah tertekan dan ditekan-tekan, memang berdouble triple la malas kau terhadap pekerjaan tersebut. (Malas nak taip panjang-panjang.. Stress)

☹ Memang pemalas!

Dah kalau semua sifat diatas tak ada kena mengena dengan kau, maka dengan secara rasminya kau nie memang pemalas ya ampunnn~



Wednesday, 18 February 2015

Certot : Romantik

"Jom kahwin!"

"Kau jangan main gila.."

"Eh, orang ajak kahwin pun gila ke.. Merajuk la."

"Tak payah nak merajuk. Geli aku!"

Cuaca petang itu biasa-biasa saja. Tidak panas dan tidak pula mendung. Di bawah sepohon pokok rendang terdapat dua orang manusia yang sedang acah-acah sweet sehingga kan ada pejalan kaki yang memandang serong dan mula mencebikkan bibir. Agaknya, dalam hati mereka ingin sekali memuntahkan isi perut dan memuntahkan di muka pasangan tersebut. Keji betul!

"Awak tak suka saya?"

Diam.

"Awak betul ke tak suka saya"? Zayed cuba memegang tangan. Mungkin itu sahaja cara yang boleh melembutkan hati pasangannya.

"Ish, apa pegang-pegang nie. Kau ni dah kenapa? Kita kawan kan?" Fuh, geli betul bila tangan kasar itu tadi memegang tangannya. Rasa mau disamak tangannya pada ketika itu.

"Hurm... Tapi, tak salah kan kalau dari kawan jadi teman".

"Kau dah melalut jauh nie."

"No, I'm serious!"

"Tak boleh! Kau paham tak?"

"Tapi kenapa?"

"Sebab aku bukan gay!"


Tuesday, 17 February 2015

Catatan 6 : Sepet oh Sepet!


Selain panda eyes, kau akan dapat "sepet" eyes jugak bila tak cukup tidur~





Betullah.. Aku nie sampai tahap tak boleh buka mata dah berjalan tadi. Dah ala-ala tidur berjalan pulak..huhu. Tapi, seriously, aku bila tak cukup tidur mata mesti sepet. Lepas tu memang pedih. Menguap tu tak payah cakap la berapa kali. Agaknya kalau menguap tu keluar duit dari mulut, kayo omakk!

So, sampai office tadi lelap mata jap dan terus buka laptop sambung tulis novel. Sebab masa tidur tadi idea datang. hehehe... Actually, nak try publish dekat blog nie my 1st novel, tapi tak siap lagi.Masih draft lagi. So,mngkin bila dah siap episod 1 kita boleh publish.. Mungkin??

Nanti kalau korang dah baca boleh la bagi pendapat. Tapi jangan sampai tahap mengutuk yer. Adik budak baru belajar..kui3..

Dah.. jangan nak suka sangat. papaiii!


Monday, 16 February 2015

Catatan 5 : Argh! Susahnya nak tidurr!

Jadikan malam ku lebih indahhh...
Jadikan siang ku lebih terang....

cewahh! memalam nie terasa nak fefeeling pulak..hehe..Mata tak boleh lelap tapi besok nak kerja..so waktu sekarang nie sepatutnya memang dah tidur.. (kalau tak terlajak lagi dalam Ktm).. tapi kan... perasaan tak, bila kita nak tidur mesti kita suka berangan or terbayang or teringat sesuatu? dan time tidur tu la banyak sangat benda nak pikir..

Haa..sama la kita! sepp sikit... Actually aku nie sukaaa sangat berimaginasi untuk cerita yang aku bakal nak tulis.. tapi timing selalu salah..Masa nak tidur jela idea mencurah-curah.. Bila duduk depan laptop,hilang!  Masa sekolah dulu memang minat sangat bidang penulisan.. cuma bila dah lama tak praktikkan menulis,asyik duk uli nombor je,lupa da..huhu

sooo...aku ingat if ada kelapangan, assignment pun dah 80% siap nanti,nak buat cerpen dulu, then baru buat novel... insyaAllah...aku nak menulis bukan nak popular ke,nak nivel aku jadi filem ke...tak..tak..takk... Aku nak menulis sebab tu adalah minat..untuk suka-suka..sama juga la dengan blog nie.

ok la..i should go to bed now... good night everyone.. Dont let the bed bugs bite youuu~

Publish via Android Lenovo S930

Saturday, 14 February 2015

Kenapa orang tak suka kita?

                                    Why so serious?

Kenapa kita perlu gusar kalau ada orang yang tidak suka pada kita,
sedangkan...
kita pun bukan suka semua orang

Dalam kehidupan sekarang,susah untuk buat semua orang rasa suka,gembira dan yang penting terima diri kita seadanya.

kenapa perlu takut kalau kita tak pernah buat salah? tapi..manusia tetap manusia..tak pernah lari dari kesilapan. yang membezakan kita dengan orang lain adalah bagaimana kita memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan.

kadangkala kalau kita buat baik pun tetap ada orang tak suka..tapi yang pasti kalau kita buat jahat orang tetap tak suka.. jadi,be yourself. kita tak boleh paksa orang.lain orang lain pendapat dan pandangan... asalkan kita tak membuat sesuatu yang perkara yang tidak baik,kenapa perlu takut?

pernah tak masa kita dekat sekolah dulu,ada seorang budak yang sangat pendiam,tak pernah kacau orang tapi kita tak suka dekat dia. sebab manusia menilai manusia dari luaran.

ubah sikap kita,buka mind kita jangan menilai orang dari luaran dan sikapnya. dont judge a book by its cover. because you will miss the best part and the great story.

Friday, 13 February 2015

Catatan 4 : Mana semua duit gaji??

 Hari gaji adalah hari dimana kita kaya sekejap~


Yeayy! Hari nie gaji!
Benda yang selalu kita buat lepas dapat gaji (or sebelum) adalah planning!
Planning apa? plan nak beli baju baru, seluar baru, baru baru.....shopping!!

But me, Nope!

Jarang sangat la nak shopping. Unless memang ada keperluan. So, disebabkan hari nie hari gaji (yess! gaji masuk awal) awal pagi la dah buat schedule pembahagian harta..haha

of course for my mom, my dad, yuran study, duit minyak kereta, makan bla..bla...bla..Tolak, tolak, tolak bakinya.... kosong!
fuh sadis kan...Tadi berpinar mata nampak gaji riban-riban sekali zeroo amma~

Tapi sebenarnya bersyukur jugak sebab duit gaji tiap bulan dapat la masuk dalam simpanan, kongsi dengan parents. Oh ya! Cakap pasal parents, korang yang dah bekerja jangan la lupa bagi duit pada parents. sikit pun takpe. Walaupun dorang tak minta tapi apa salahnya kita bagi. tapi jangan la duk hulur duit je, mana yang jauh tu balik la jenguk-jenguk yer..

So, kesimpulannya....

berbelanja la kearah kebaikan..kalau habis pun, berbaloii~

Nota Kaki,Jari menaip : Tajuk Catatan tu dah tukar buat numbering lagi senang & simple kan ‾ ‿ ⁀


Thursday, 12 February 2015

Catatan Ketiga : Bila tuhan bayar "CASH"

Percayalah!
Bila kau cakap besar, Tuhan bayar "CASH"
Bila dah namanyer cash, maksudnya tunai.. Bila dah tunai maknanya segera.. Ha, maka segeralah mendapat!

Kesahnya aku nie memang pergi kerja ulang-alik Seremban - KL. Dan macam aku cakap aku suka tido bila dalam KTM. Pernah la kawan aku tegur, "ko nak tidoq tu elok2.. kang terlajak naya~

Ceh! ada ke cakap gitu.. aku nie pengalaman naik KTM 5 tahun tido tak pernah terlajak. I repeat my word. "TAK PERNAH!"
Gedebuk! amek ko.. hari nie terlajak terus. Cakap besar punya pasal..huhu.. Sedar-sedar dah dekat Kepong. Walhal nak turun stesen Bank Negara.

Masa tu jangan cakap la..Daripada mengantuk terus segar bugar.. jam masa tu dah pukul 7.33, nak punch pukul 8.00 pg. Tapi aku biasa la.. Malu mesti mahu cover.. aku buat chill je dalam KTM.. tak nak menggelabah nanti nampak sangat terlajak stesen...hihi...

So, at the end, aku terpaksa tukar tren balik n sampai opis terus punch pukul 8.06 pagi!

Wednesday, 11 February 2015

Catatan Kedua : Tidur

Walaupun kau tidur di kaki lima, kau tetap rasa selesa macam di rumah
Bila....
Kau teramat sangat lah mengantuk!

Ok! Part kaki lima tu tak pasti la.. cuma perumpamaan aku je..hihi..

mana tak nya, aku nie sekarang memang pergi kerja naik ktm. pukul 5 lebih je enjin kereta dah berdesup pergi KTM.

Ha.. part dalam KTM tu yang nak citer... aku boleh tidur dengan lena yer walaupun dengan enjin yg bising dan dalam keadaan bergoyang. (bukan aku goyang yer..huhu)

Macam pagi nie. sedar-sedar je "Next station Bank Negara". sudah! cepat2 aku bungkus selendang yang aku buat selimut and buat senaman muka sikit, tengok cermin sikit, senyum sikit.

Macam nie la rutin harian aku. pagi-pagi dah keluar cari rezeki..cewahh! hihi.. 

Tapi yang pasti, malam aku tidur mesti ternganga sebab keletihan travel seremban-KL~

Tuesday, 10 February 2015

Catatan Pertama!

Kau duduk diam sambil  otak dah fikir nak taip apa...

masa tu timing kau salah sebab kau tengah bekerja..

Namun.....

Bila kau dah get ready nak catat apa yang kau nak taip, ia hilangg!

sebal deyhhh~


Hi! Welcome to my new reader,future readers and ex readers(kelak!)

Blog nie tak best pun sebab sempoi sangat.. (boleh nampak nanti) dan semua coretan catatan kisah aku, dan aku..dan mungkin jugak beliau.. 

Yang pasti.. hanya ada kena mengena dengan hidup.. 
yeah..yang hidup~
 
HAK MILIK KEKAL@NUR SYUHADA ROZALE (CIK SUE)2015