skip to main |
skip to sidebar
Catatan Ketiga : Bila tuhan bayar "CASH"
Percayalah!
Bila kau cakap besar, Tuhan bayar "CASH"
Bila dah namanyer cash, maksudnya tunai.. Bila dah tunai maknanya segera.. Ha, maka segeralah mendapat!
Kesahnya aku nie memang pergi kerja ulang-alik Seremban - KL. Dan macam aku cakap aku suka tido bila dalam KTM. Pernah la kawan aku tegur, "ko nak tidoq tu elok2.. kang terlajak naya~
Ceh! ada ke cakap gitu.. aku nie pengalaman naik KTM 5 tahun tido tak pernah terlajak. I repeat my word. "TAK PERNAH!"
Gedebuk! amek ko.. hari nie terlajak terus. Cakap besar punya pasal..huhu.. Sedar-sedar dah dekat Kepong. Walhal nak turun stesen Bank Negara.
Masa tu jangan cakap la..Daripada mengantuk terus segar bugar.. jam masa tu dah pukul 7.33, nak punch pukul 8.00 pg. Tapi aku biasa la.. Malu mesti mahu cover.. aku buat chill je dalam KTM.. tak nak menggelabah nanti nampak sangat terlajak stesen...hihi...
So, at the end, aku terpaksa tukar tren balik n sampai opis terus punch pukul 8.06 pagi!
No comments:
Post a Comment