Selamat Hari Isnin! hihi
Apesal buat kerut-kerut dahi tu? monday blues ke...hehe.. Normal la asal hari isnin je semua nak muddy, semua nak badmood. Kucing kau lalu depan kau pun kau rasa sebal tak memasal. Paling sadis, asal hari isnin je kau sedih. Dah kenapa kan? Haa... Meh kita tengok sebab apa yang kau tak suka@malas dengan sesuatu perkara yang kau buat. Edisi kali ini, edisi malas pergi kerja...cekidooutt~
☹ Berfikiran Negatif
Entah apa yang menyebabkan engkau selalu berfikiran negatif. Asal kaki kau melangkah je dalam office, kau dapat rasa aura-aura negatif tu ikut sekali. Tapi, bila kau berundur setapak dari kawasan office kau, kau bahagia teramat sangat. Nah, sebab apa? Sebab kau dah ada mindset yang mengatakan office kau memang tak best, menyampah, boringggg~
☹ Persekitaran Kerja
Nie lagi satu. Kau tak suka betul dengan environment office kau. Kau rasa macam orang sekeliling kau tu macam goblin. Asyik nak attack kau je. Tu belum kira dengan orang sekeliling kau yang bias dan jenis mulut celupar. Pergh! Memang makan hati!
☹ Tak suka dengan Pekerjaan @ Kerja
Eh, kalau dah tak suka, kau kerja situ kenapa? Eh, of course la! Zaman sekarang memang susah sangat nak dapat pekerjaan. Kalau kau ada Degree on Architecture pun tapi kalau ada kosong kat tempat yang kau rasa kau layak, haruslah kau applykan. Lepas tu, fefeeling sensorang kata kerja kau tak best. Yela, dah kerja yang kau buat tu bukan kerja yang kau minat kan... Paling ketara bila kau asyik tengok jam bila nak balik!
☹ Tekanan
Part nie tak payah cakap banyak la. Bila kau dah tertekan dan ditekan-tekan, memang berdouble triple la malas kau terhadap pekerjaan tersebut. (Malas nak taip panjang-panjang.. Stress)
☹ Memang pemalas!
Dah kalau semua sifat diatas tak ada kena mengena dengan kau, maka dengan secara rasminya kau nie memang pemalas ya ampunnn~
.jpg)
.jpg)
.jpg)



No comments:
Post a Comment